Isnin, 8 April 2013

Coretanku...

Assalamulalaikum dan salam sejahtera buat semua teman2 yg sudi mampir ke blog ini.
        Alhamdulillah ..byk aktiviti yang telah selesai dilaksanakan. Aktiviti sekolah ..rumah..rumah..sekolah..begitulah hari-hari yang kita lalui bagi insan bergelar pendidik ...apa pun aku tetap bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang memahami , rakan-rakan yang berbudi serta persekitaran yang baik. Walaupun cuaca tidak menentu..namun alhamdulillah kami sekeluarga dianugerahkankesihatan yang baik..suatu anugerah yg tidak ternilai .
       Baru-baru ini telah berlalu aktiviti MTQ2013 bagi peringkat Zon dan Daerah. Walaupun bukan aku yg menyertainya ..namun menanti hakim mengumumkan keputusan ibarat menunggu ledakan bom ..degup jantungku mengalahkan pelari pecut . Walau apa pun keputusan yang diterima aku tetap redha kerana kami telah berusaha sebaik mungkin . Kata orang kalau kalah pun kalah bermaruah...dalam diri peserta juga telah ditanamkan bahawa kalah menang adat pertandingan..jgn sesekali angkuh jika menang..dan jgn pula putus asa jika kalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...