Rabu, 5 Disember 2012

Biodata Rasullullah



 Aktiviti :  Penerangan tentang biodata Rasullulah.

Permainan minda : 






Selasa, 4 Disember 2012

Panduan Solat





Tajuk  : Solat Subuh.

Kelas  :  2 Bistari

Objektif   : Diakhir pelajaran murid boleh mengerjakan solat subuh secara praktikalnya.





Aktiviti :

Penerangan  berkenaan tayangan dalam video.

Bersoal-jawab  tentang perkara dalam video :-

1. Bacaan wajib  dan sunat

2. Gerakkan dalam solat.

Isnin, 3 Disember 2012

Tayamum




Tajuk  : Cara bertayamum

Kelas  : 2 Bestari

Masa  : 9.15 -  10.15 pagi

Aktiviti  Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Set induksi menonton video.




2.  Penerangan  tentang tayamum.

3. Melakukan praktikal  dengan bimbingan.

Ahad, 2 Disember 2012

Taharah

Bab  : Ibadah.








Aktiviti : 
1. Penerangan tentang paparan slide.

2. Bersoal-jawab tenang apa yg dipelajari.

Sabtu, 1 Disember 2012

Ibadah

AZAN.




Cara Azan dengan Betul dan Sempurna


1. Berwuduk, makruh azan tanpa wuduk
2. Berdiri
3. Meletakkan Jari Telunjuk ke Telinga
4. Menghadap Kiblat




PERINGATAN!!!

Sunat Tarji'
 ( Menyebut secara perlahan terlebih dahulu kalimah ini sebelum mengalunkan dengan kuat)
- Cara bacaan tarji' sama seperti bacaan di dalam azan.
 





- Dalam azan subuh mestilah ditambah kalimah ini




Dengar azan dan Jawab dengan Betul dan Sempurna

Kita mestilah menjawab azan secara perlahan satu persatu hingga akhir.

Jawapan azan adalah sama dengan lafaz yang dialunkan oleh Muazzin / Bilal, kecuali pada ;





Isnin, 26 November 2012

Tafsir Surah Wajib



Ayat dan Terjemahannya:
.



بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
.
قُلْهُوَاللَّهُأَحَدٌ١
Qul huwa Allahu ahad
1.  Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
.
اللَّهُالصَّمَدُ٢
Allahus-samad
2.  Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
.
لَمْيَلِدْوَلَمْيُولَدْ٣
Lam yalid walam yulad
3.  Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.
.
وَلَمْيَكُنلَّهُكُفُوًاأَحَدٌ٤
Walam yakun lahu kufuwan ahad
4.  Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.



Ahad, 25 November 2012

Sambutan Bulan Islam




Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura



Aktiviti : 
1. Penerangan tentang bulan Asyura.

2. Menerangkan secara jelas perkara sunat yang dilakukan di bulan ini.

Sabtu, 24 November 2012

Hayatilah Nasyid Fatamorgana ( Hijjaz )

Memahami  senikata nasyid.





Senikata nasyid :


Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia 
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia 
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri 
Sudah sunnah ketetapan ilahi 

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka 
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya 
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi 
Tiada sudahnya dunia yang dicari 

Begitu indah dunia siapa pun tergoda 
Harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa 
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai 
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi 

Pulanglah kepada tuhan 
Cahaya kehidupan 
Keimanan ketaqwaan kepadanya 
Senjata utama 

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati 
Yakinkan janji tuhan syurga yang sedia menanti 
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba 
Hidup akhirat kita kekal selamanya

Aktiviti  :

1. Murid mengikut nyanyian nasyid.

2. Perbincangan berkaitan senikata nasyid.
    Contoh penerangan yang diberikan : -
     


Rujukan  makna perkataan FATAMORGANA 







Jumaat, 16 November 2012

Ibadah


Solat sunat.

Sunat diertikan pada syara' apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan tiada siksa.

Untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang jenis solat sunat.....disini

Khamis, 15 November 2012

Sambutan Maalhijrah 1433H




Tentatif Majlis Sambutan Maalhijrah Di Blog Ustazah Kamaliya.

1. Bacaan Yassin.




2. Ceramah Maalhijrah oleh Tuan Haji Suhaimi Latip.





3. Bacaan Doa.


Sabtu, 10 November 2012

Secebis Pesanan




anak-anak...
kau kena pandai belajar
agar nanti kau tidak jadi orang yang kurang ajar
   anak-anak...
   kau kena rajin belajar
   agar nanti tika besar kau boleh beli rumah besar kereta besar
      anak-anak...
      jika kau pandai kau akan dapat wang yang banyak
      kau takkan ditipu oleh orang
      namamu kan disanjung 

itulah yang mereka dengar
tiap kali disuruh rajin belajar
tiap kali diminta untuk jadi orang pandai
  lalu mereka pun belajar sehingga pandai
  dan jadi orang besar , punya kereta besar , rumah besar
  tapi sedikit alpa dalam jiwa
  hilang rasa cinta pada keluarga
  karier lebih utama
  kadang-kadang ayah bonda pun dititipkan di rumah orang tua-tua...

anak-anak...
rajinlah belajar demi ilmu , agama dan nusa
ilmumu bukan untuk mendabik dada
bukan juga mengejar pangkat dan harta
ketahuilah olehmu...anak-anakku
bahawa menuntut ilmu itu wajib buat semua
tak kira lelaki atau wanita
  bahawa orang berilmu
  amatlah berbeza langkahnya.


Versi  : nasihat ustazah 2012


  

Khamis, 8 November 2012

Sirah Nabi





Set Induksi P&P



Perkembangan P&P

Laluan Tentera Bergajah Abrahah
Terletak di kawasan berdekatan Taif dan mengadap ke Hijjaz. Kawasan ini dikatakan laluan tentera bergajah Abrahah dan juga tentera berkudanya. Laluan ini diperbuatkan daripada batu granit yang setiap satunya tidak mempunyai saiz yang sama. Terdapat juga sebuah tempat yang dikatakan menjadi kem tentera Abrahah untuk berehat. Orang Arab menggelar tempat ini sebagai Laluan Gajah.

Untuk penambahan ilmu  (klik sini)

Rabu, 7 November 2012

Huruf Jawi







1. Murid menyebut huruf jawi secara kumpulan dan individu.




2. Mengenal dan menyebut huruf yang mempunyai titik.


Selasa, 6 November 2012

Ibadah



Ibadat dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza sama sekali daripada konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri tersebut ialah tidak ada sebarang perantaraan di antara Allah dan manusia, dan ibadat dalam Islam tidak terikat dengan sesuatu tempat atau masa yang tertentu.


untuk keterangan lanjut klik


Sabtu, 3 November 2012

sajak guru untuk anak didiknya...



...kalian ibarat kain putih

   menanti untuk dicorakkan
   dengan palitan warna-warna ceria
   tulus dan suci
      ...kalian juga membukakanku ruang sedar
         agar kugalas bongkah-bongkah amanah
         yang bukan mudah
         namun...
         untuk membina peradaban
         untuk membentuk modal insan
         buat warisan nusa bangsa
         aku harus mendepani perubahan...
       

Jumaat, 2 November 2012

sekadar coretan jiwa...

Doa sihat tubuh badan


...Salam sejahtera buat semua yang sudi melawati blog ini. Tak terasa kita sudah berada di bulan November. Lagi seminggu cuti sekolah bakal tiba. Pasti ramai yang gembira. Anak-anak apatah lagi... mulalah memikirkan mana-mana destinasi ..atau mana-mana kedai buku untuk dikunjungi.Kerja makin banyak walaupun hampir cuti. Walau apa pun aku tetap bersyukur kerana tetap diberikan kesihatan yang baik..itulah harta yang tidak ternilai..semoga hari ini, esok dan hari-hari mendatang aku terus diberi kekuatan dan ketabahan kerana untuk menggenggam segulung ijazah banyak perkara yang harus kukorbankan..moga aku dan teman-teman tidak terkorban dek tugasan ...

Rabu, 31 Oktober 2012

SIRAH NABI MUHAMMAD SAW



Murid menonton vedio - set induksi





Penerangan oleh ustazah tentang  perkara berikut.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...