
Isnin, 14 November 2016
RESIPI MEE HAILAM SIMPLE
Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger ...
...sekadar me`release tension` di petang hari . Jengah-jengah sekejap resipi menarik yg kukumpul daripada blog2 yang boleh dipercayai kesedapannya...
MEE HAILAM SIMPLE
Bahan-bahan
1 peket mee kuning (500 mg) - Basuh dan tapiskan
Segenggam udang hidup
Segenggam daging (saya guna daging bakar lebihan lauk tengahari)
Sebiji tomato (potong 6)
Sawi
Lobak merah (potong bulat)
3 ulas bawang putih (di ketuk)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar cili kering yang di mesin (boleh tambah jika suka pedas)
1 kiub ayam
2 sudu besar tepung jagung (larutkan dalam air)
Air bertapis (agak2 untuk kuah)
Kicap manis Cap Kipas Udang
Bawang goreng (untuk hiasan)
Daun bawang & daun sup (hiris - untuk hiasan)
Cara Masak Yang Simple dan Cepat
1. Tumis bawang putih, cili kering yang dimesin sampai pecah minyak dengan api yang sederhana.
2. Masukkan daging & udang. Gaul sehingga sebati. (Note: jika anda guanakan daging mentah, masukkan daging dulu kemudian masukkan air. Masak sehingga daging empuk. Kemudian baru masukkan udang)
3. Masukkan air bertapis untuk kuah. Jika suka kuah banyak, lebihkan air. Tuang kicap manis ikut kepekatan yang di gemari. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kiub ayam, garam dan lada sulah. (ikut citarasa). Didihkan sekejap.
5. Masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato.
6. Masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan.
7. Masukkan mee kuning. Gaul sebati. Didihkan seketika.
7. Hidangkan dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng dan campuran daun sup daun bawang sebagai hiasan.
Puisi Hari Graduasi
PUISI UNTUK HARI GRADUASI TAHUN 6 & KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2016
Pesan Ibu
( i )
Ibu pernah berpesan…
saat pertama kali kaki ini melangkah
ke sebuah tempat bernama sekolah
belajarlah tanpa jemu
dengar cakap guru selalu
kerana mereka pengganti ayah ibu
sepanjang dirimu berada di situ….
Pesan ibu lagi…
jika guru marah
bukan tandanya guru tak sayang
jauh sekali guru membenci
namun marahnya mereka
demi amanah pekerjaan mereka
demi kejayaanmu di hari muka
agar dikau jadi orang berguna
bukannya orang yang meminta-minta
bukan juga orang yang sengsara
ada ilmu tapi miskin budi bahasa
ada ilmu namun fakir jiwa raga
( ii )
Ibu pernah berpesan…
tiada jalan singkat menuju jaya
tiada laluan mudah untuk dikau bahagia
ambillah mutiara ilmu yang berharga
kutiplah kerikil-kerikil nasihat yang berguna
lahir dari hati dan lidah seorang guru
berlapang dada jika didenda
atas kesilapanmu yang tidak disengaja
kerana kita belajar menjadi kuat
kita belajar menjadi cekal
seteguh karang di lautan
kita hadapi cabaran
Pesan ibu lagi
sebelum guru kau tinggalkan
sebelum kakimu melangkah keluar
dari tempat dikau menimba ilmu dan bakti
jangan sesekali kau lupa
ucaplah kata sepatah dua
ringankan lidahmu mengucapkan terima kasih
buat guru yang mendidikmu
mengajarkanmu tulis dan baca
mendidikmu tentang amalan mulia
mengajarmu tentang tata susila
mohonlah agar dihalalkan segala ilmu
yang dicurah ..yang diserah..
kerana bakti mereka
takkan terbalas di dunia yang fana…
Ilusi nm
11.11.16
9.58 am.
SKJMB.
Langgan:
Catatan (Atom)