ALLAH menyediakan
tujuh pintu neraka jahanam. Menurut ulama, tujuh pintu neraka itu disediakan
untuk salah satu daripada anggota tubuh kita iaitu mata, telinga, lidah, perut,
tangan, kemaluan dan kaki.
Mata adalah
pemberian Allah yang amat besar dan tidak terkira nilainya. Dengan mata, kita
dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah supaya kita lebih bertakwa.
Mata yang
dianugerahkan bukan untuk melihat wanita yang bukan mahram, wanita seksi,
memandang keaiban sesama masyarakat atau menghina saudara Muslim yang serba
kekurangan.
Telinga hendaklah
dipelihara daripada mendengar umpat keji, percakapan kotor atau perkara bidaah.
Gunakan telinga untuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran dan kalimah Allah
atau untuk menuntut ilmu agama.
Lidah hendaklah
digunakan untuk berzikir, memuji kebesaran Allah serta menyampaikan kebenaran
kepada sesama manusia dan menyeru ke jalan Allah.
Lidah juga perlu
digunakan bagi menyampaikan ilmu agama dan bukan untuk memfitnah sesama
sendiri.
Jika kita tidak menjaga lidah secara lisan, ini amat buruk risikonya kerana boleh menyebabkan berlaku perkara tidak diingini. Akibatnya, boleh menjerumus ke neraka.
Dusta adalah ibu segala dosa dan perbuatan itu boleh mendatangkan pertengkaran dan menjejaskan kewibawaan dan kepercayaan masyarakat kepada kita.

Perut. Memelihara
perut amat penting. Kita perlu mengelak daripada mengisi dengan makanan haram.
Perut juga jangan diisi berlebihan kerana perbuatan itu boleh mendatangkan kemudaratan seperti membekukan hati, melemahkan badan dan membuatkan kita malas untuk beribadat.
Perut juga jangan diisi berlebihan kerana perbuatan itu boleh mendatangkan kemudaratan seperti membekukan hati, melemahkan badan dan membuatkan kita malas untuk beribadat.
Justeru, Islam
menggalakkan kita bersikap sederhana apabila menghadapi makanan dan mengisi
perut dengan rezeki yang halal.
Kemaluan. Ia perlu dipelihara daripada perkara yang haram. Tutup aurat dan jauhkan daripada menonton filem lucah yang menaikkan nafsu syahwat. Bahaya menanti kita jika gagal mengawal nafsu yang akhirnya membawa kepada perkara maksiat, mencabul kehormatan, rogol dan perbuatan yang dilaknat Allah.
Tangan. Anugerah Ilahi ini perlu dipelihara dan digunakan untuk perkara kebaikan seperti menolong orang, mencari rezeki halal, menentang segala kezaliman, menulis perkara yang baik umpamanya menulis ilmu pengetahuan dan panduan untuk masyarakat, bukan menulis kejahatan orang atau memfitnah sesama Muslim.
Kaki. Gunakan untuk menuju jalan yang diredai
Allah, bukan untuk menjejaki tempat maksiat seperti disko, kelab malam, rumah
urut dan tempat perjudian. Kemaluan. Ia perlu dipelihara daripada perkara yang haram. Tutup aurat dan jauhkan daripada menonton filem lucah yang menaikkan nafsu syahwat. Bahaya menanti kita jika gagal mengawal nafsu yang akhirnya membawa kepada perkara maksiat, mencabul kehormatan, rogol dan perbuatan yang dilaknat Allah.
Tangan. Anugerah Ilahi ini perlu dipelihara dan digunakan untuk perkara kebaikan seperti menolong orang, mencari rezeki halal, menentang segala kezaliman, menulis perkara yang baik umpamanya menulis ilmu pengetahuan dan panduan untuk masyarakat, bukan menulis kejahatan orang atau memfitnah sesama Muslim.
Gunakan untuk ke masjid bagi berjemaah, meramaikan majlis kenduri dan segala macam bentuk kebaikan. Maka, gunakan kaki untuk melangkah ke syurga.
salam...
BalasPadamTazkirah yang cukup bermakna....terima kasih ustazah.
Alhamdulillah..semoga kita sama-sama mendapat manfaat.
Padamentri yang cukup bermakna...
BalasPadamsemoga bermanfaat untuk kita semua.
Padamsalam....entri yg bermanfaat
BalasPadamMakasih k.Bani..rajin2lah melawat ke blog kulaan ni..
Padam