Jumaat, 29 November 2013

Assalamualaikum..rakan2 yang sudi meluangkan masa membaca entri yang ingin kukongsi bersama.
Sebagai pendidik , musim cuti sekolah sebegini memang dinanti..bukannya bercuti sakan tetapi dalam erti kata yang sebenar2nya , aku dapat melaksanakan kerja2 sampingan lain tanpa memikirkan nak masuk kelas..takut murid bergaduh kalau lambat masuk...nak menanda buku2 latihan dan kerja2 sampingan yang lain. Pagi2 pula x la berkejar nak siapkan sarapan n nak ke sekolah..Bak kata anak sedaraku..hmm..cuti2 ni aman jalanraya..x der cikgu cikgi yang nak berlumba di jalanraya. oo..begitu rupanya...terasa juga kelainannya kan. Rasa bangga jugak la jadi cikgu ni.

   Cuti-cuti macam ni assignment tetap ada. Sampai hari ni masih ada yang belum siap. Aku dah kekeringan idea, tu yang singgah sekejap menaip entri di sini. Makan minum anak dankeluarga tetap kena jaga. Apa lagi berkejar2 la depan laptop dgn my kitchen. Masak simple2 saja tapi tau sajalah..anakku ni ibarat juri masterchef..kalau x cukup rasa pandai je komplen..Apa2pun seronok dan mencabar juga .

Isnin, 8 April 2013

Coretanku...

Assalamulalaikum dan salam sejahtera buat semua teman2 yg sudi mampir ke blog ini.
        Alhamdulillah ..byk aktiviti yang telah selesai dilaksanakan. Aktiviti sekolah ..rumah..rumah..sekolah..begitulah hari-hari yang kita lalui bagi insan bergelar pendidik ...apa pun aku tetap bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang memahami , rakan-rakan yang berbudi serta persekitaran yang baik. Walaupun cuaca tidak menentu..namun alhamdulillah kami sekeluarga dianugerahkankesihatan yang baik..suatu anugerah yg tidak ternilai .
       Baru-baru ini telah berlalu aktiviti MTQ2013 bagi peringkat Zon dan Daerah. Walaupun bukan aku yg menyertainya ..namun menanti hakim mengumumkan keputusan ibarat menunggu ledakan bom ..degup jantungku mengalahkan pelari pecut . Walau apa pun keputusan yang diterima aku tetap redha kerana kami telah berusaha sebaik mungkin . Kata orang kalau kalah pun kalah bermaruah...dalam diri peserta juga telah ditanamkan bahawa kalah menang adat pertandingan..jgn sesekali angkuh jika menang..dan jgn pula putus asa jika kalah.

Ahad, 17 Februari 2013

Salam sejahtera buat semua yg sudi menemani saya di blog ini..
    Sekadar ingatan buat teman-teman..kini ambang 2013 telah kita lalui. Tentu banyak aktiviti yg perlu kita lakukan untuk mencapai kecemerlangan buat diri kita, keluarga , anak-anak didik seterusnya komuniti di sekitar kita. Harap2 kita tidak terlalu obses hingga mengabaikan kesihatan diri sendiri. Kerja tetap kerja ..namun keluarga paling utama. Tanpa mereka siapalah kita.

 

Khamis, 3 Januari 2013

sekadar luahan hati.

Salam sejahtera kuucapkan buat semua pengunjung yang sudi mampir di blog ini. Walaupun tarikh akhir penilaian blog sudah selesai , namun itu tak bermakna blog ini terus berkubur. Aku akan cuba sedaya upaya untuk terus menyerikannya dengan coretan-coretan bisu ini. Harapanku agar teman-teman yang lain jugak akan terus menyerikan blog mereka.
    Tak lama lagi peperiksaan akhir bagi semester dua bakal menjelang iaitu pada 5 dan 6 Januari. Walaupun agak sibuk dengan aktiviti sekolah yang baru dibuka , namun ini bukanlah alasan untuk calon-calon peperiksaan mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar PJJ.Yakinlah..bahawa kita juga mampu menghadapi peperiksaan tersebut walaupun minda kita tak sekuat minda anak-anak muda lepasan SPM..tapi sekurang-kurangnya kita sudah pun berpengalaman mengambil pepeiksaan PTK ( berkali-kali...tapi tidak juga lulus2... ) Harap2 kita mampu meneruskan perjuangan..Amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...