Isnin, 14 November 2016

RESIPI MEE HAILAM SIMPLE

Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger ... ...sekadar me`release tension` di petang hari . Jengah-jengah sekejap resipi menarik yg kukumpul daripada blog2 yang boleh dipercayai kesedapannya... MEE HAILAM SIMPLE Bahan-bahan 1 peket mee kuning (500 mg) - Basuh dan tapiskan Segenggam udang hidup Segenggam daging (saya guna daging bakar lebihan lauk tengahari) Sebiji tomato (potong 6) Sawi Lobak merah (potong bulat) 3 ulas bawang putih (di ketuk) 1 sudu kecil lada sulah 1 sudu besar cili kering yang di mesin (boleh tambah jika suka pedas) 1 kiub ayam 2 sudu besar tepung jagung (larutkan dalam air) Air bertapis (agak2 untuk kuah) Kicap manis Cap Kipas Udang Bawang goreng (untuk hiasan) Daun bawang & daun sup (hiris - untuk hiasan) Cara Masak Yang Simple dan Cepat 1. Tumis bawang putih, cili kering yang dimesin sampai pecah minyak dengan api yang sederhana. 2. Masukkan daging & udang. Gaul sehingga sebati. (Note: jika anda guanakan daging mentah, masukkan daging dulu kemudian masukkan air. Masak sehingga daging empuk. Kemudian baru masukkan udang) 3. Masukkan air bertapis untuk kuah. Jika suka kuah banyak, lebihkan air. Tuang kicap manis ikut kepekatan yang di gemari. Biarkan mendidih. 4. Masukkan kiub ayam, garam dan lada sulah. (ikut citarasa). Didihkan sekejap. 5. Masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato. 6. Masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan. 7. Masukkan mee kuning. Gaul sebati. Didihkan seketika. 7. Hidangkan dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng dan campuran daun sup daun bawang sebagai hiasan.

Puisi Hari Graduasi

PUISI UNTUK HARI GRADUASI TAHUN 6 & KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2016 Pesan Ibu ( i ) Ibu pernah berpesan… saat pertama kali kaki ini melangkah ke sebuah tempat bernama sekolah belajarlah tanpa jemu dengar cakap guru selalu kerana mereka pengganti ayah ibu sepanjang dirimu berada di situ…. Pesan ibu lagi… jika guru marah bukan tandanya guru tak sayang jauh sekali guru membenci namun marahnya mereka demi amanah pekerjaan mereka demi kejayaanmu di hari muka agar dikau jadi orang berguna bukannya orang yang meminta-minta bukan juga orang yang sengsara ada ilmu tapi miskin budi bahasa ada ilmu namun fakir jiwa raga ( ii ) Ibu pernah berpesan… tiada jalan singkat menuju jaya tiada laluan mudah untuk dikau bahagia ambillah mutiara ilmu yang berharga kutiplah kerikil-kerikil nasihat yang berguna lahir dari hati dan lidah seorang guru berlapang dada jika didenda atas kesilapanmu yang tidak disengaja kerana kita belajar menjadi kuat kita belajar menjadi cekal seteguh karang di lautan kita hadapi cabaran Pesan ibu lagi sebelum guru kau tinggalkan sebelum kakimu melangkah keluar dari tempat dikau menimba ilmu dan bakti jangan sesekali kau lupa ucaplah kata sepatah dua ringankan lidahmu mengucapkan terima kasih buat guru yang mendidikmu mengajarkanmu tulis dan baca mendidikmu tentang amalan mulia mengajarmu tentang tata susila mohonlah agar dihalalkan segala ilmu yang dicurah ..yang diserah.. kerana bakti mereka takkan terbalas di dunia yang fana… Ilusi nm 11.11.16 9.58 am. SKJMB.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...