Jumaat, 30 November 2012
Isnin, 26 November 2012
Tafsir Surah Wajib
Ayat dan Terjemahannya:
.
بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah Ar-Rahman
Ar-Rahim
Dengan
nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
.
قُلْهُوَاللَّهُأَحَدٌ١
Qul huwa
Allahu ahad
1.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
.
اللَّهُالصَّمَدُ٢
Allahus-samad
2.
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
.
لَمْيَلِدْوَلَمْيُولَدْ٣
Lam yalid
walam yulad
3.
Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.
.
وَلَمْيَكُنلَّهُكُفُوًاأَحَدٌ٤
Walam
yakun lahu kufuwan ahad
4.
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Ahad, 25 November 2012
Sambutan Bulan Islam
Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura
Aktiviti :
1. Penerangan tentang bulan Asyura.
2. Menerangkan secara jelas perkara sunat yang dilakukan di bulan ini.
Sabtu, 24 November 2012
Hayatilah Nasyid Fatamorgana ( Hijjaz )
Memahami senikata nasyid.
Senikata nasyid :
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapa pun tergoda
Harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada tuhan
Cahaya kehidupan
Keimanan ketaqwaan kepadanya
Senjata utama
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal selamanya
Aktiviti :
1. Murid mengikut nyanyian nasyid.
2. Perbincangan berkaitan senikata nasyid.
Contoh penerangan yang diberikan : -
Rujukan makna perkataan FATAMORGANA
Jumaat, 23 November 2012
Rabu, 21 November 2012
Jumaat, 16 November 2012
Khamis, 15 November 2012
Sambutan Maalhijrah 1433H
1. Bacaan Yassin.
2. Ceramah Maalhijrah oleh Tuan Haji Suhaimi Latip.
3. Bacaan Doa.
Rabu, 14 November 2012
Sabtu, 10 November 2012
Secebis Pesanan
anak-anak...
kau kena pandai belajar
agar nanti kau tidak jadi orang yang kurang ajar
anak-anak...
kau kena rajin belajar
agar nanti tika besar kau boleh beli rumah besar kereta besar
anak-anak...
jika kau pandai kau akan dapat wang yang banyak
kau takkan ditipu oleh orang
namamu kan disanjung
itulah yang mereka dengar
tiap kali disuruh rajin belajar
tiap kali diminta untuk jadi orang pandai
lalu mereka pun belajar sehingga pandai
dan jadi orang besar , punya kereta besar , rumah besar
tapi sedikit alpa dalam jiwa
hilang rasa cinta pada keluarga
karier lebih utama
kadang-kadang ayah bonda pun dititipkan di rumah orang tua-tua...
anak-anak...
rajinlah belajar demi ilmu , agama dan nusa
ilmumu bukan untuk mendabik dada
bukan juga mengejar pangkat dan harta
ketahuilah olehmu...anak-anakku
bahawa menuntut ilmu itu wajib buat semua
tak kira lelaki atau wanita
bahawa orang berilmu
amatlah berbeza langkahnya.
Versi : nasihat ustazah 2012
Versi : nasihat ustazah 2012
Jumaat, 9 November 2012
Ibadah Solat (ibadat khusus)
Pengertian bacaan dalam solat.
- Syarat-syarat Sah Solat
- Berdiri Tegak Lurus
- Takbiratul Ihram
- Do'a Iftitah
- Ta'awwudz
- Al Fatihah
- Ruku
- I'tidal
- Sujud Pertama
- Duduk di Antara dua sujud
- Sujud Kedua
- Berdiri Pada Rakaat Kedua
- Ruku di Rakaat Kedua
- Bangun dari Ruku
- Sujud Petama pada rakaat kedua
- Duduk diantara dua sujud di rakaat kedua
- Sujud Kedua pada rakaat kedua
- Duduk tahiyyat
- Memberi Salam
Khamis, 8 November 2012
Sirah Nabi
Set Induksi P&P
Perkembangan P&P
Laluan Tentera Bergajah Abrahah
Terletak di kawasan berdekatan Taif dan mengadap ke Hijjaz. Kawasan ini dikatakan laluan tentera bergajah Abrahah dan juga tentera berkudanya. Laluan ini diperbuatkan daripada batu granit yang setiap satunya tidak mempunyai saiz yang sama. Terdapat juga sebuah tempat yang dikatakan menjadi kem tentera Abrahah untuk berehat. Orang Arab menggelar tempat ini sebagai Laluan Gajah.
Untuk penambahan ilmu (klik sini)
Rabu, 7 November 2012
Huruf Jawi
1. Murid menyebut huruf jawi secara kumpulan dan individu.
2. Mengenal dan menyebut huruf yang mempunyai titik.
Selasa, 6 November 2012
Ibadah
untuk keterangan lanjut klik
Sabtu, 3 November 2012
sajak guru untuk anak didiknya...
...kalian ibarat kain putih
menanti untuk dicorakkan
dengan palitan warna-warna ceria
tulus dan suci
...kalian juga membukakanku ruang sedar
agar kugalas bongkah-bongkah amanah
yang bukan mudah
namun...
untuk membina peradaban
untuk membentuk modal insan
buat warisan nusa bangsa
aku harus mendepani perubahan...
Jumaat, 2 November 2012
sekadar coretan jiwa...
Doa sihat tubuh badan
...Salam sejahtera buat semua yang sudi melawati blog ini. Tak terasa kita sudah berada di bulan November. Lagi seminggu cuti sekolah bakal tiba. Pasti ramai yang gembira. Anak-anak apatah lagi... mulalah memikirkan mana-mana destinasi ..atau mana-mana kedai buku untuk dikunjungi.Kerja makin banyak walaupun hampir cuti. Walau apa pun aku tetap bersyukur kerana tetap diberikan kesihatan yang baik..itulah harta yang tidak ternilai..semoga hari ini, esok dan hari-hari mendatang aku terus diberi kekuatan dan ketabahan kerana untuk menggenggam segulung ijazah banyak perkara yang harus kukorbankan..moga aku dan teman-teman tidak terkorban dek tugasan ...
Langgan:
Catatan (Atom)