anak-anak...
kau kena pandai belajar
agar nanti kau tidak jadi orang yang kurang ajar
anak-anak...
kau kena rajin belajar
agar nanti tika besar kau boleh beli rumah besar kereta besar
anak-anak...
jika kau pandai kau akan dapat wang yang banyak
kau takkan ditipu oleh orang
namamu kan disanjung
itulah yang mereka dengar
tiap kali disuruh rajin belajar
tiap kali diminta untuk jadi orang pandai
lalu mereka pun belajar sehingga pandai
dan jadi orang besar , punya kereta besar , rumah besar
tapi sedikit alpa dalam jiwa
hilang rasa cinta pada keluarga
karier lebih utama
kadang-kadang ayah bonda pun dititipkan di rumah orang tua-tua...
anak-anak...
rajinlah belajar demi ilmu , agama dan nusa
ilmumu bukan untuk mendabik dada
bukan juga mengejar pangkat dan harta
ketahuilah olehmu...anak-anakku
bahawa menuntut ilmu itu wajib buat semua
tak kira lelaki atau wanita
bahawa orang berilmu
amatlah berbeza langkahnya.
Versi : nasihat ustazah 2012
Versi : nasihat ustazah 2012
salam...banyak pengajaran..
BalasPadamASSALAMUALAIKUM
BalasPadamSAJAK GURU UNTUK ANAK DIDIK SANGAT PENUH BERMAKNA