Khamis, 3 Januari 2013

sekadar luahan hati.

Salam sejahtera kuucapkan buat semua pengunjung yang sudi mampir di blog ini. Walaupun tarikh akhir penilaian blog sudah selesai , namun itu tak bermakna blog ini terus berkubur. Aku akan cuba sedaya upaya untuk terus menyerikannya dengan coretan-coretan bisu ini. Harapanku agar teman-teman yang lain jugak akan terus menyerikan blog mereka.
    Tak lama lagi peperiksaan akhir bagi semester dua bakal menjelang iaitu pada 5 dan 6 Januari. Walaupun agak sibuk dengan aktiviti sekolah yang baru dibuka , namun ini bukanlah alasan untuk calon-calon peperiksaan mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar PJJ.Yakinlah..bahawa kita juga mampu menghadapi peperiksaan tersebut walaupun minda kita tak sekuat minda anak-anak muda lepasan SPM..tapi sekurang-kurangnya kita sudah pun berpengalaman mengambil pepeiksaan PTK ( berkali-kali...tapi tidak juga lulus2... ) Harap2 kita mampu meneruskan perjuangan..Amin....

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...