Ahad, 7 Oktober 2012

Sirah





1. 1 Kota Mekah terpelihara dari serangan tentera bergajah.

        Kisah lanjut disini

2.1  Keadaan Nabi semasa dilahirkan..
       
         Sila rujuk disini untuk penjelasan.

3.2  Kejadian-kejadian luar biasa selepas dan semasa nabi dilahirkan.
       
      Pembacaan yang lengkap disini



Sabtu, 6 Oktober 2012

Adab sebelum makan


Adab sebelum makan
basuh tangan sebelum makan

pastikan makanan bersih.

1. Makanan yang halal

Hendaknya berusaha mendapatkan makanan yang halal dan baik serta tidak mengandung unsur-unsur yang haram, ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud,
 “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu ....” (Surah al-Baqarah, 172)

2. Betulkan niat

Niatkan tujuan dalam makan dan minum untuk menguatkan badan, agar dapat melakukan ibadah dan hal-hal lain yang berguna.
3. Mencuci tangan 

Mencuci kedua tangan sebelum makan, jika dalam keadaan kotor atau ketika belum yakin dengan kebersihannya. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,
 “Apabila Rasulullah SAW hendak tidur sedangkan baginda dalam keadaan junub, maka baginda berwuduk terlebih dahulu dan apabila hendak makan, baginda mencuci ke dua tangannya terlebih dahulu.” (Hadis riwayat Ahmad)

4. Hidangkan makanan

Meletakkan hidangan makanan di atas sutrah atau seprah (alas yang biasa dipakai untuk meletakkan makanan) di atas lantai, tidak diletakan di atas meja makan, kerana hal itu lebih
 mendekatkan pada sikap tawaduk. Hal ini sebagaimana hadis dari Anas r.a., dia berkata “Rasulullah SAW tidak pernah makan diatas meja makan dan tidak pula di atas sukurrujah.” (Hadis riwayat Bukhari no. 5415)

5. Duduk dengan tertib

Hendaknya duduk dengan tawaduk, iaitu duduk di atas kedua lututnya atau duduk di aras punggung kedua kaki atau berposisi dengan kaki kanan ditegakkan dan duduk diatas kaki kiri. Sebagaimana posisi duduk Rasulullah SAW yang didasari dengan sabda baginda,
 “Aku tidak pernah makan sambil bersandar, aku hanyalah seorang hamba, aku makan sebagaimana layaknya seorang hamba makan dan aku pun duduk sebagaimana layaknya seorang hamaba duduk.” (Hadis riwayat Bukhari no.5399)

6. Bersyukur dengan apa yang dihidangkan

Hendaknya
 merasa syukur dan redha dengan makanan apa saja yang telah dihidangkan dantidak mencela makanan, berdasarkan hadis Rasulullah. Dari Abu Hurairah r.a., “Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan apabila baginda berselera, baginda memakannya. Sedangkan jika tidak suka (tidak berselera), maka baginda meninggalkannya.” (Hadis riwayat Bukhari no. 3563)

7. Makan berteman

Hendaknya makan bersama-sama dengan orang lain, baik tamu, keluarga, kerabat, anak-anak atau pembantu, sebagaimana hadis Rasul Rasulullah SAW yang bermaksud,
 “Berkumpulah kalian dalam menyantap makanan kalian (bersama-sama), kerana di dalam makan bersama itu akan memberikan berkah kepada kalian.” (Hadis riwayat Abu Daud no. 3764)


Menyiapkan lembaran kerja.



Jumaat, 5 Oktober 2012

Pelajaran Jawi

Menyambung suku kata


1. Murid menyebut suku kata berdasarkan kad suku kata.











2. Mengeja dan menyambungkan suku kata bedasarkan gambar.




3. Aktiviti penilaian: menyiapkan lembaran kerja.





Rabu, 3 Oktober 2012

Bersuci






HADAS KECIL

Pengertian hadas kecil
Erti hadas kecil menurut istilah syara’ ialah sesuatu kotoran yang maknawi (tidak dapat dilihat dengan mata kasar), yang berada pada anggota wudhu’, yang menegah ia dari melakukan solat atau amal ibadah seumpama solat, selama tidak diberi kelonggaran oleh syara’. Hadas kecil ini tidak akan terhapus melainkan dengan mengambil wudhu’ yang sah. Selama mana seseorang itu dapat mengekalkan wudhu’nya, maka selama itu ia bersih dari hadas kecil. Sebabnya dinamakan hadas kecil ialah kerana kawasan yang didiami oleh hadas kecil ini kecil sahaja iaitu sekadar anggota wudhu’.


1.  Niat mengerjakan fardhu wudhu’ ketika mulai membasuh sebahagian dari muka. Lafaz niatnya iaitu;


2. Membasuh muka. Kawasannya ialah dari anak rambut kepala hingga ke bawah dagu (panjangnya),  daripada anak telinga kanan hingga anak telinga kiri (lebarnya).
3. Membasuh kedua tangan  hingga ke kedua sikunya.
4. Menyapu sebahagian dari kepala.
5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib (mengikut susunan yang telah diatur oleh syara’ seperti di atas).
Wudhu’ seseorang yang tertinggal salah satu rukun yang tersebut di atas  adalah tidak sah.









Selasa, 2 Oktober 2012

lembaran Kerja




Kata Ustazah :
Berikut adalah contoh lembaran kerja setelah menjalankan P&P  bab huruf jawi. Ini Band 1.

Isnin, 1 Oktober 2012

Belajar Huruf Jawi






Catatan Ustazah :

1. Bahan di atas merupakan contoh kad imbasan yang cukup mudah disediakan.
2. Penggunaan juga cukup praktikal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...