Selasa, 5 Mei 2015

Daerah Ini Terasa Sepi ( mengenang Allahyarhamah kekanda Normah Masran , sempena hari guru yang bakal tiba )

Sesekali..
saat kenangan mengimbau
terasa begitu sepi sekali
tiada lagi deringan telefon
buatmu bertanya khabar
tentang dunia pendidikan
yang baru kau tinggalkan

   benar kata orang
   sekali menjadi guru
   selamanya kau tetap guru
   biarpun tidak lagi berada di sekolah
   tempat anak-anak menimba ilmu
   namun hatimu tak pernah jauh dari mereka.

daerah ini kurasakan sepi
kerana dunia pendidikan yang makin mencabar
dulu ada dirimu
buatku melepaskan rasa resah
buatku meluahkan lara gelisah
namun kini tidak lagi
hanya semangatmu yang tinggal
buat aku meneruskan perjuangan
yang belum selesai...

   moga di sana dirimu aman sejahtera
   dalam lindungan Ilahi
   dengan doa anak-anak didikmu yang tinggal di dunia ini...

1.00 pm. SKJMB.

Isnin, 13 April 2015

Bicara Al-Maa`un

Tahukah kamu orang yang mendustakan agama ?
    Mereka itulah orang yang berbuat zalim terhadap anak yatim
    Diherdik , dimarah tanpa asas tujuan
    Bukan diusap kepala mereka, bukan  juga disayang dan dikasihi
    Bahkan , memandang wajah mereka pun
    terasa benci....alangkah malangnya manusia ini...

Tahukah kamu orang yang mendustakan agama ?
    Mereka inilah orang yang tidak menggalakkan orang lain memberi makanan buat orang miskin
    Sudahlah mereka enggan memberi makan
    Orang lain juga dilarang berbuat demikian
    Betapa ruginya hidup manusia ini...

Tahukah kamu orang yang mendustakan agama ?
    Mereka inilah orang yang lalai dalam solatnya
    Jasad merka sedang solat, namun hati mereka memikirkan dunia dan isinya
    Alangkah malangnya manusia ini...

Tahukah kamu orang yang mendustakan agama ?
    Mereka itulah orang yang riak
    Bangga dengan amalan mereka
    Takbur dengan sedekah dan amal jariah
    Rajin beribadat dengan harapan orang lain memuji mereka
    Betapa ruginya amalan manusia ini....

Tahukah kamu orang yang mendustakan agama ?
    Mereka itulah orang yang enggan menghulurkan bantuan kepada orang yang berhak menerimanya
    Bantuan yang sepatutnya diberikan kepada keluarga miskin
    Disekat dengan pelbagai alasan
    Alangkah malangnya manusia ini...

Berazamlah dalam diri kita
Jauhi sifat-sifat orang yang mendustakan agama
Kelak rugi dunia dan akhirat jua
Semoga Allah merahmati diri kita
Sepanjang masa...

-ilusi nm.
 13 April 2015
 9.03 pagi

Rabu, 25 Mac 2015

Assalamualaikum rakan-rakan yg dikasihi,

Tanpa kita sedari, bulan Mac makin hampir ke penghujung . Pelbagai aktiviti sekolah telah dilalui antaranya Kejohanan Sukan Olahraga yang baru berlalu . Kini bermula pula aktiviti 1M1S . Dalam kesibukan aktiviti sekolah , minggu ini juga bermulalah minggu praktikumku dalam usaha menggapai puncak menara gading . Walaupun ini adalah tahun akhir , tapi , jujur kukatakan aku masih bermimpi berada dalam alam menara gading ini. Tapi aku pasti , jika arwah ayah dan ibuku ada, mereka pasti tersenyum bangga. Sebenarnya semangat juang yang kumiliki ini tidak lain hanyalah meminjam semangat arwah ayah yang amat cintakan ilmu pengetahuan. Baginya, biar berhabis untuk ilmu , asalkan anak-anaknya ada kemahuan untuk belajar , beliau akan usahakan .

-serangkap pantun yang segar dalam ingatan ...

            " Berburu ke padang datar ,
               Dapat rusa berbelang kaki ,
                Berguru kepalang ajar ,
                 Ibarat bunga kembang tak jadi "


Selasa, 22 Julai 2014

Aktiviti Ihya` Ramadhan

Assalamualaikum ,
   Dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan... pelbagai aktiviti Ihya` Ramadhan telah dijalankan di sekolahku terchenta ini..SK. Jalan Matang Buluh. Bermula dengan Ceramah Penghayatan Ramadhan yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Idris bin Ismail , dijemput khas dari SABK Maahad Ar-Ridhwan , Teluk Medan. Ceramah yang berlangsung lebih kurang satu jam lebih terasa terlalu singkat berbanding ilmu al-Fadhil Ustaz...x pa ..lain kali kita sambung lagi. Aktiviti tadarus dijalankan bagi  murid-murid Tahap 2 yang telah khatam, yang masih Iqra` teruskan membaca.
   14hb Julai bersamaan 16 Ramadhan , Majlis Iftar Jama`ie telah diadakan dengan penyertaan murid-murid tahun 6 , guru-guru , pekerja dan ibu bapa. Memang meriah walaupun ada juga yang tidak berpeluang datang kerana pelbagai kekangan. Harap-harapnya tahun depan kita adakan lagi . Ala-ala Hari Keluarga gitu. Santai tapi penuh pengisian , solat Maghrib berjemaah , tazkirah Ramadhan , solat Isyak dan solat Terawih.
   Penyerahan sumbangan anak yatim dan miskin diadakan pada perhimpunan hari Isnin 21 hb Julai yang lalu. Berebut la pulak dengan pelancaran Patrol Denggi..Nasib ko lah Aedes...siap ada replika  nyamuk lagi. Jealousnya tengok...
   Dan..yang bakal menjelang..Majlis Khatam al-Quran yang akan diadakan pada hari Jumaat ini, Inshaa Allah. Harap-harap semua berjalan lancar. Lepas tu cuti sekolah..mendobi rumah la pulak..memotong bawang cabai utk rendang daging buat sajian di ahri lebaran...Adoi la...sapa nak tolong..

Rabu, 2 Julai 2014

Assalamualaikum...
      Hari ini masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa. Suka duka pahit getir mengejutkan ahli keluarga bangun sahur memang mengujakan . Kalau ikutkan hati mau kubiarkan saja mereka terpejam lena...memang begitulah saban tahun...bukannya letih menyediakan juadah tapi letih mengejutkan anak2 dan ayahnya.
Macam biasalah anak-anak yang baru belajar berpuasa tentu terasa lapar dan dahaga tapi setakat ini syukur cuaca redup dan sejuk, tak seperti sebelum bulan puasa dahulu, terik , panas dan kering.

      Setiap kali nak bangun sahur otakku ligat memikirkan juadah apa  nak disajikan agar sesuai dengan tekak ahli keluargaku, saat ini diri sendiri dah tak penting dah, dapat makan telur mata pun ok ja..anak yang paling kecil tahun 4 tapi kadang2 tak mau makan nasi waktu sahur, risau gak kut2 esoknya tak larat berpuasa. Apalagi...aku pun suaplah ke mulut dia...boleh tahan banyaknya...malas suap sebenarnya.
Maknya pula lepas bersahur memang tak sempat nak lelap mata pun..terus buat keja mengemas n siap2 solat dan nk ke sekolah. Di sekolah mulalah mata ni nak terpejam, tapi control beb. Orang lain pun puasa jugak. Jangan sampai anak murid cop kita ni Cikgu Shaari dah la...

Terharu di hari Guru

Assalamualaikum sahabat2 yg dihormati...
     Hari Guru yang baru berlalu membuatkan aku sedikit `terharu` pabila mendengar anak didik tahun 6 yang membaca sajak yang biasa kita dengar tika Hari Guru...antara lain yang kuingat ialah..jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, jika hari ini seorang peguam menang bicara...and last sekali ..dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca....`touchingnya`..lima bintang untuk sajak tu yg tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Aku juga suka tiap kali nak menyanyikan lagu Guru Malaysia...lagu ni memberi semangat untuk guru-guru terus berbakti..kenapalah lagu ni x dinyanyikan tiap minggu macam lagu Negaraku...barulah masing2 sedar akan tanggungjawab seorang guru...
 
     Teringat juga kisah semasa masih di bangku sekolah rendah , merata belukar dah diredah , merata parit kami dah terjun , merata pokok dah kami panjat...siapa sangka..saat ini ada yg dah berkereta mewah..ada juga yang masih berada di sekolah ( jadi cikgu cikgilah tu ) , tak kurang pula yang tersasar arah...mencari jalan singkat menjadi hamba dadah...sedih juga bila mengenangkan ada dalam kalangan rakan di sekolah rendah dahulu terlibat dengan najis dadah.

     Walaupun demikian , aku bangga kerana aku mampu jadi insan yang dapat berbakti untuk masyarakat. Aku juga bangga kerana guru yang mengajarku semasa di tahun 1 masih sihat walafiat dan tahu anak didiknya ini berjaya menjadi seorang guru. Terima kasih guruku...Tn Hj. Omar bin Sabran...al-Fatihah juga untuk guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah...antaranya..Cikgu Salleh Ujai , Cikgu Hanif , Cikgu Adni dan lain-lain...Terima kasih cikgu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...