Assalamualaikum ,
Dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan... pelbagai aktiviti Ihya` Ramadhan telah dijalankan di sekolahku terchenta ini..SK. Jalan Matang Buluh. Bermula dengan Ceramah Penghayatan Ramadhan yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Idris bin Ismail , dijemput khas dari SABK Maahad Ar-Ridhwan , Teluk Medan. Ceramah yang berlangsung lebih kurang satu jam lebih terasa terlalu singkat berbanding ilmu al-Fadhil Ustaz...x pa ..lain kali kita sambung lagi. Aktiviti tadarus dijalankan bagi murid-murid Tahap 2 yang telah khatam, yang masih Iqra` teruskan membaca.
14hb Julai bersamaan 16 Ramadhan , Majlis Iftar Jama`ie telah diadakan dengan penyertaan murid-murid tahun 6 , guru-guru , pekerja dan ibu bapa. Memang meriah walaupun ada juga yang tidak berpeluang datang kerana pelbagai kekangan. Harap-harapnya tahun depan kita adakan lagi . Ala-ala Hari Keluarga gitu. Santai tapi penuh pengisian , solat Maghrib berjemaah , tazkirah Ramadhan , solat Isyak dan solat Terawih.
Penyerahan sumbangan anak yatim dan miskin diadakan pada perhimpunan hari Isnin 21 hb Julai yang lalu. Berebut la pulak dengan pelancaran Patrol Denggi..Nasib ko lah Aedes...siap ada replika nyamuk lagi. Jealousnya tengok...
Dan..yang bakal menjelang..Majlis Khatam al-Quran yang akan diadakan pada hari Jumaat ini, Inshaa Allah. Harap-harap semua berjalan lancar. Lepas tu cuti sekolah..mendobi rumah la pulak..memotong bawang cabai utk rendang daging buat sajian di ahri lebaran...Adoi la...sapa nak tolong..
Selasa, 22 Julai 2014
Rabu, 2 Julai 2014
Assalamualaikum...
Hari ini masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa. Suka duka pahit getir mengejutkan ahli keluarga bangun sahur memang mengujakan . Kalau ikutkan hati mau kubiarkan saja mereka terpejam lena...memang begitulah saban tahun...bukannya letih menyediakan juadah tapi letih mengejutkan anak2 dan ayahnya.
Macam biasalah anak-anak yang baru belajar berpuasa tentu terasa lapar dan dahaga tapi setakat ini syukur cuaca redup dan sejuk, tak seperti sebelum bulan puasa dahulu, terik , panas dan kering.
Setiap kali nak bangun sahur otakku ligat memikirkan juadah apa nak disajikan agar sesuai dengan tekak ahli keluargaku, saat ini diri sendiri dah tak penting dah, dapat makan telur mata pun ok ja..anak yang paling kecil tahun 4 tapi kadang2 tak mau makan nasi waktu sahur, risau gak kut2 esoknya tak larat berpuasa. Apalagi...aku pun suaplah ke mulut dia...boleh tahan banyaknya...malas suap sebenarnya.
Maknya pula lepas bersahur memang tak sempat nak lelap mata pun..terus buat keja mengemas n siap2 solat dan nk ke sekolah. Di sekolah mulalah mata ni nak terpejam, tapi control beb. Orang lain pun puasa jugak. Jangan sampai anak murid cop kita ni Cikgu Shaari dah la...

Terharu di hari Guru
Assalamualaikum sahabat2 yg dihormati...
Hari Guru yang baru berlalu membuatkan aku sedikit `terharu` pabila mendengar anak didik tahun 6 yang membaca sajak yang biasa kita dengar tika Hari Guru...antara lain yang kuingat ialah..jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, jika hari ini seorang peguam menang bicara...and last sekali ..dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca....`touchingnya`..lima bintang untuk sajak tu yg tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Aku juga suka tiap kali nak menyanyikan lagu Guru Malaysia...lagu ni memberi semangat untuk guru-guru terus berbakti..kenapalah lagu ni x dinyanyikan tiap minggu macam lagu Negaraku...barulah masing2 sedar akan tanggungjawab seorang guru...
Teringat juga kisah semasa masih di bangku sekolah rendah , merata belukar dah diredah , merata parit kami dah terjun , merata pokok dah kami panjat...siapa sangka..saat ini ada yg dah berkereta mewah..ada juga yang masih berada di sekolah ( jadi cikgu cikgilah tu ) , tak kurang pula yang tersasar arah...mencari jalan singkat menjadi hamba dadah...sedih juga bila mengenangkan ada dalam kalangan rakan di sekolah rendah dahulu terlibat dengan najis dadah.
Walaupun demikian , aku bangga kerana aku mampu jadi insan yang dapat berbakti untuk masyarakat. Aku juga bangga kerana guru yang mengajarku semasa di tahun 1 masih sihat walafiat dan tahu anak didiknya ini berjaya menjadi seorang guru. Terima kasih guruku...Tn Hj. Omar bin Sabran...al-Fatihah juga untuk guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah...antaranya..Cikgu Salleh Ujai , Cikgu Hanif , Cikgu Adni dan lain-lain...Terima kasih cikgu...

Jumaat, 29 November 2013
Assalamualaikum..rakan2 yang sudi meluangkan masa membaca entri yang ingin kukongsi bersama.
Sebagai pendidik , musim cuti sekolah sebegini memang dinanti..bukannya bercuti sakan tetapi dalam erti kata yang sebenar2nya , aku dapat melaksanakan kerja2 sampingan lain tanpa memikirkan nak masuk kelas..takut murid bergaduh kalau lambat masuk...nak menanda buku2 latihan dan kerja2 sampingan yang lain. Pagi2 pula x la berkejar nak siapkan sarapan n nak ke sekolah..Bak kata anak sedaraku..hmm..cuti2 ni aman jalanraya..x der cikgu cikgi yang nak berlumba di jalanraya. oo..begitu rupanya...terasa juga kelainannya kan. Rasa bangga jugak la jadi cikgu ni.
Cuti-cuti macam ni assignment tetap ada. Sampai hari ni masih ada yang belum siap. Aku dah kekeringan idea, tu yang singgah sekejap menaip entri di sini. Makan minum anak dankeluarga tetap kena jaga. Apa lagi berkejar2 la depan laptop dgn my kitchen. Masak simple2 saja tapi tau sajalah..anakku ni ibarat juri masterchef..kalau x cukup rasa pandai je komplen..Apa2pun seronok dan mencabar juga .

Isnin, 8 April 2013
Coretanku...
Assalamulalaikum dan salam sejahtera buat semua teman2 yg sudi mampir ke blog ini.
Alhamdulillah ..byk aktiviti yang telah selesai dilaksanakan. Aktiviti sekolah ..rumah..rumah..sekolah..begitulah hari-hari yang kita lalui bagi insan bergelar pendidik ...apa pun aku tetap bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang memahami , rakan-rakan yang berbudi serta persekitaran yang baik. Walaupun cuaca tidak menentu..namun alhamdulillah kami sekeluarga dianugerahkankesihatan yang baik..suatu anugerah yg tidak ternilai .
Baru-baru ini telah berlalu aktiviti MTQ2013 bagi peringkat Zon dan Daerah. Walaupun bukan aku yg menyertainya ..namun menanti hakim mengumumkan keputusan ibarat menunggu ledakan bom ..degup jantungku mengalahkan pelari pecut . Walau apa pun keputusan yang diterima aku tetap redha kerana kami telah berusaha sebaik mungkin . Kata orang kalau kalah pun kalah bermaruah...dalam diri peserta juga telah ditanamkan bahawa kalah menang adat pertandingan..jgn sesekali angkuh jika menang..dan jgn pula putus asa jika kalah.

Ahad, 17 Februari 2013
Salam sejahtera buat semua yg sudi menemani saya di blog ini..
Sekadar ingatan buat teman-teman..kini ambang 2013 telah kita lalui. Tentu banyak aktiviti yg perlu kita lakukan untuk mencapai kecemerlangan buat diri kita, keluarga , anak-anak didik seterusnya komuniti di sekitar kita. Harap2 kita tidak terlalu obses hingga mengabaikan kesihatan diri sendiri. Kerja tetap kerja ..namun keluarga paling utama. Tanpa mereka siapalah kita.

Khamis, 3 Januari 2013
sekadar luahan hati.
Salam sejahtera kuucapkan buat semua pengunjung yang sudi mampir di blog ini. Walaupun tarikh akhir penilaian blog sudah selesai , namun itu tak bermakna blog ini terus berkubur. Aku akan cuba sedaya upaya untuk terus menyerikannya dengan coretan-coretan bisu ini. Harapanku agar teman-teman yang lain jugak akan terus menyerikan blog mereka.
Tak lama lagi peperiksaan akhir bagi semester dua bakal menjelang iaitu pada 5 dan 6 Januari. Walaupun agak sibuk dengan aktiviti sekolah yang baru dibuka , namun ini bukanlah alasan untuk calon-calon peperiksaan mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar PJJ.Yakinlah..bahawa kita juga mampu menghadapi peperiksaan tersebut walaupun minda kita tak sekuat minda anak-anak muda lepasan SPM..tapi sekurang-kurangnya kita sudah pun berpengalaman mengambil pepeiksaan PTK ( berkali-kali...tapi tidak juga lulus2... ) Harap2 kita mampu meneruskan perjuangan..Amin....

Langgan:
Catatan (Atom)